Besarkan teks Kecilkan teks Font Warna Merah Font Warna Biru Font Warna Hijau Set Semula
Facebook Hospital Labuan RSS Hospital Labuan WebMobile Hospital Labuan
 
Header Hospital Labuan


           Soalan Lazim  

1. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, Surat Sekolah, Surat Pengesahan (GL) atau e-GL yang boleh diperolehi di Kaunter Bersepadu dan di Unit Hasil Hospital Labuan.
 
2. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
 
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Unit Kecemasan & Trauma?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
 
4. Berapakah caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
 
5. Bilakah Waktu Melawat yang dibenarkan?
Hari Biasa :
12.30 t/hari - 2.00 petang
04.30 petang - 7.30 malam

Ahad/Kelepasan Am :
12.30 t/hari - 7.30 petang
 
6. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?
Berikut adalah senarai Kumpulan Orang-Orang Yang Telah Diberikan Pengecualian Di Bawah Perenggan 16(13) Perintah Fee (Perubatan) 1982 Oleh Pihak Perbendaharaan:-

  • Pelajar Sekolah Berpakaian Seragam / Surat Sekolah
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun di bawah dan tidak bersekolah (golongan miskin sahaja)
  • Anggota Angkatan Sukarela
  • Penuntut-Penuntut IPTA
  • Penderma Darah
  • Kakitangan Kerajaan pemegang Surat Pengesahan Diri Daripada Majikan (GL)
  • Pesara (dan membawa Kad Pesara)
  • Tahanan Polis (termasuk banduan), anak-anak yatim, anak-anak cacat dan orang-orang tua di bawah jagaan Kerajaan (Rumah Orang-Orang Tua)
  • Jemaah Haji LUTH dan persendirian
  • Athlit Kebangsaan (Ahli Sukan Kebangsaan).
  • Pesakit Penyakit Berjangkit (Tibi, Malaria dan penyakit berjangkit lain).
    **Nota: Pesakit Bukan Warga Negara (BWN) yang mengidap penyakit berjangkit yang dirujuk ke Klinik Pakar akan dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 untuk lawatan pertama ataupun susulan.
  •  
    7. Apakah hotline 24 hour kecemasan dan nombor untuk menghubungi ambulans?
    No.Telefon Hotline Kecemasan : 087-423930
    No.Telefon Kereta Ambulans : 087-596802
     
    8. Cara Memohon Laporan Perubatan?
    Sila rujuk di sini.
     
    9. Kadar Bayaran Laporan Perubatan?
    (a) Untuk warganegara, sila rujuk di sini.
    (b) Untuk bukan warganegara, sila rujuk di sini.
     
    10. Waktu Perkhidmatan Klinik Pakar?
    Sila rujuk di sini.
     

    | Kenyataan Penafian Penterjemahan | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman |

    PENAFIAN : Hospital Labuan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari portal ini.