Besarkan teks Kecilkan teks Font Warna Merah Font Warna Biru Font Warna Hijau Set Semula
Facebook Hospital Labuan RSS Hospital Labuan WebMobile Hospital Labuan
 
Header Hospital Labuan


           Piagam Pelanggan  

TERAS PIAGAM 


Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 


1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.

1.2 Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

 

2. TARAF PERKHIDMATAN

2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.

2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

 

3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN

3.1 Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.

3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

4. PENDIDIKAN KESIHATAN

4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN 

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

(i) Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan 

(ii) Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan

(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab. 


| Kenyataan Penafian Penterjemahan | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman |

PENAFIAN : Hospital Labuan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari portal ini.